Salam Hormat

nostalgia

Laman data Nostalgia Artis Retro ini dibangunkan sebagai bahan rujukan penyelidekan akademik mahupun informasi hiburan.  Tiada seberang laba diperolehi, malah untuk dikongsi bersama dengan peminat artis retro 60′an hingga ke 70′an.  Sila kongsi sebarang maklumat jika dirasakan perlu kerana tiada hakmilik yang kekal di dunia ini, semuanya milik Maha Pencipta.

Me & L Ramlee Aug 1974

Pada Ogos 1974, aku bersama beberapa rakan lain membuat pertemuan dengan L. Ramlee di Stesyen Keretapi Ipoh semasa beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk membuat persembahan di sana.  Kesempatan persinggahan keretapi dari Butterworth ke Ipoh memberi kami peluang untuk bertemu dan bergambar dalam masa yang agak singkat itu.  Lagu “Selalu Kau Memandang Aku” adalah lagu yang aku suka pada ketika itu.

19961018 Sharifah Aini.2

Tahun 1996 memberi aku peluang bertemu dan beraksi dengan Sharifah Aini di pentas semasa promosi album “Selamanya” pada bulan Oktober bertempat di Greentown Mall, Ipoh.  Menerima beberapa cenderahati semasa kuiz lagu dan meneka jumlah tahi lalatnya yang ada dalam gambar kulit cekera padat album tersebut.

Sudilah beri sebarang maklumbalas untuk tindakan atau perhatian, dan komen jika ada sebarang pertanyaan.  Kepada peminat lagu-lagu retro, sebarang permintaan mp3 bolehlah dibuat melalui email.

Sudi-sudikanlah!

TabirAlam

Belasungkawa Datuk Sharifah Aini

Tanka SA retro

5 Julai 2014 bersamaan 7 Ramadhan 1435 aku menerima berita yang menyedihkan perihal kembalinya ‘Biduanita Negara’ Datuk Sharifah Aini di Pusat Perubatan Pakar Damansara.  Difahamkan allahyarham mengidap fibrosis paru-paru.  Allahyarham berusia 61 tahun, selepas tiga hari menyambut hari ulangtahun kelahirannya pada 2 Julai 2014.  Dalam kesedihan ini, aku rasa bersyukur di atas pemergiannya yang jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia ini.  Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. Amiin.

Advertisements

4 responses to “Salam Hormat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s